Ahlan Wa'sahlan, Selamat Datang, Welcome, Vanakam

"Kami mengucapkan Selamat Datang kepada semua pengunjung blog kami
"

Sabtu, 28 Jun 2014

AKU, ISTERI DAN ANUGERAH


Indahnya Sabar 

"Dalam apa jua yang kita lakukan dalam kehidupan, belajarlah bersabar meskipun adakala kita gagal kerana kita juga manusia biasa .... tidak sempurna.  Namun buatlah sesuatu sesempurna mungkin.  Apabila bekerja di suatu tempat, jangan suka-suka berhenti.  Kekallah bekerja dalam satu tempoh untuk menimba pengalaman."  Iyulah pesanan arwah ibuku, Masniah binti Haji Amin suatu ketika dahulu yang menjadi peganganku hingga kini.


Sesekali aku teringat logo rasmi Biro Tatanegara, Jabatan Perdana Menteri yang terdahulu, "Sentiasa Menjiwai Kecemerlangan".  Kini motonya sudah bertukar menjadi "Bersama Mencipta Kegemilangan".  Biro Tatanegara banyak mengajar aku tentang disiplin ketika bekerja. Maklumlah aku bermula dari bawah ketika bekerja di sana.  Bermula dengan jawatan Kerani Am sebagai "pekerja sambilan" yang bergajikan "gaji harian" kemudian barulah diserapkan ke jawatan "kontrak" sebagai Penolong Pegawai Penyelidikan di Bahagian Penyelidikan dan kemudiannya di Bahagian Latihan sebagai Penolong Pegawai Latihan.  Agak lama juga aku di sana iaitu bermula pada Ogos 1991 hinggalah 14 Julai 1996.  Aku bersyukur kerana diberi kesempatan menemui ramai orang yang hebat-hebat dalam kehidupan dan kerjaya dan ada diantaranya masih berhubung denganku.

Dari Biro Tatanegara aku berhijrah ke Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional dan aku bertugas di Negeri Selangor dari dulu hingga kini.  Bermula dengan Daerah Hulu Langat pada 15 Julai hingga 31 Oktober 1997, kemudian ke Daerah Petaling mulai 1 November 1997 hingga 10 Mei 2004.  Selepas itu aku dapat bertukar ke Daerah Kuala Selangor mulai 10 Mei 2004 hinggalah 18 September 2011.  Selepas aku naik satu tangga, aku posting ke Daerah Hulu Selangor bermula pada 19 September 2011 hingga 2 Oktober 2011. Disebabkan kekurangan kakitangan di Daerah Kuala Langat, Haji Abdul Halim bin Omar, Pengarah, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Selangor mohon aku ke Daerah Kuala Langat.  Maka pergilah aku bertugas di sana mulai 3 Oktober 2011 hinggalah 18 Oktober 2011 setelah ada rakan sejawatan dari Negeri Sabah, mengisi kekosongan yang sedia ada.  Episod baru lagi buatku tapi alhamdulillah atas keprihatinan Pengarah, sekali lagi aku bertukar, kali ini ke Daerah Sabak Bernam.  Bekerjalah aku di sana bermula 19 Oktober 2011 hingga kini.

Pengalaman demi pengalaman aku kutip, hasilnya sepanjang tempoh aku memegang jawatan tetap dan berpencen di Jabatan ini mulai 10 Mei 2004 hingga kini, aku telah meraih 3 Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) iaitu untuk Tahun 2005 (terima pada 2006), Tahun 2009 (terima pada 2010) dan Tahun 2013 (terima pada 2014).


Gambar kenang-kenangan bersama YBhg. Haji Abdul Halim bin Omar, Pengarah, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Selangor ketika menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC), Jabatan Perdana Menteri Tahun 2013 pada 12 Jun 2014

Di Dewan Perdana, Putrajaya International Convention Centre (PICC), Putrajaya ketika menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC), Jabatan Perdana Menteri Tahun 2013 pada 12 Jun 2014 (Khamis) jam 2.30 petang

Tahun 2014 merupakan tahun yang menggembirakan buatku dan isteriku, Siti Norsnasiah binti Abd Wahab di mana beliau juga menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) PejabatPendidikan Daerah Kuala Selangor Tahun 2013.  Anugerah tersebut adalah yang anugerah kali kedua buatnya setelah kali terakhir menerimanya bagi Tahun 2005 (terima pada pada 2006) sepanjang menjadi guru di Sekolah Kebangsaan Dato' Maharaja Lela, Jeram, Selangor.


Isteriku bergambar kenangan di One Plaza Ballroom, Kuala Selangor ketika menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Selangor Tahun 2013 pada 27 Jun 2014 (Jumaat) jam 2.30 petang
Isteriku bersama mantan Guru Besar, SK Dato' Maharaja Lela, Jeram, Haji Mahani bin Misran yang turut sama menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2013 di One Plaza Ballroom, Kuala Selangor


Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Dan Anugerah-Anugerah Lain


2 gambar ini adalah gambar kenang-kenangan ketika aku menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC), Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Jabatan Perdana Menteri Tahun 2009 yang diterima pada 15 Julai 2010 (Khamis) jam 8.30 pagi bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) yang disampaikan oleh Y.B. Senator Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM).  Turut hadir Timbalan Menteri di JPM Y.B. Senator Dato' T. Murugiah




Gambar di bawah menunjukkan ketika isteriku menerima Anugerah "Leadership Award for Troop / Unit Leaders 2007" daripada Kar Mei Lee, Regional Director, Asia Pacific and Cristina Lim - Yuson, Ph.D, Chairman, Asia Pasific Committe (World Association of Girl Guiders & Girl Scouts) yang disampaikan oleh Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tuanku Nur Zahirah, Raja Permaisuri agong Ke-13 bertempat di Hotel Allson Klana, Seremban, Negeri Sembilan. Nama penuh DYMM Tuanku Nur Zahirah ialah Cik Puan Siti Rozita binti Adil Bakeri.






Gambar berikutnya adalah Anugerah Guru Penasihat Kokurikulum (Perempuan) Kokurikulum Daerah Kuala Selangor Kategori Sekolah Rendah Tahun 2007 yang diperolehi oleh isteriku disampaikan ketika sambutan Hari Guru tahun berkenaan.



Gambar berikutnya adalah gambar kenanganku ketika menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Jabatan Perdana Menteri (JPM) Tahun 2005 yang diterima pada 7 September 2006, jam 8.30 malam bertempat di Dewan Istana, Clubhouse A'Farmosa Resort, Melaka.  Anugerah disampaikan oleh Y.B. Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili, Menteri di Jabatan Perdana Menteri.  Inilah satu-satunya gambar yang ada kerana gambar yang dibeli daripada jurugambar tidak dihantar sampai ke hari ini.  Sudahlah tu, tarikh dalam kamera terlupa untuk diperbetulkan.

Gambar kenang-kenangan bersama YBhg. Encik Gandesan a/l Letchumanan mantan Pegawai Perpaduan Daerah Hulu Langat / Sepang / Kuala Langat ketika itu


Gambar terakhir adalah gambar ketika isteriku menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2004 Perkhidmatan Pelajaran Daerah Kuala Selangor yang beliau terima pada 22 September 2005 di Dewan Prima, Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor.



Semua anugerah yang telah diterima oleh kami menjadi pemangkin, pendorong dan contoh tauladan kepada anak-anakku yang masih ada di dunia fana ini iaitu buat Siti Nur Nabilah yang masih menuntut di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor, Siti Nur Farhana yang akan menduduki Peperiksaan UPSR Tahun 2014 tidak berapa lama lagi, buat Siti Nur Zafirah, Muhammad Fakhrullah dan Muhammad Nasrulhaq Farhan.  Tidak lupa buat tatapan guruku Puan Fatimah Hani binti Haji Said yang meninggalkan kesan positif buat diriku.

Selebihnya, buat insan-insan yang ingin mencari contoh tauladan.  Namun segala kekurangan datangnya dari saya dan kebaikkan hanya datang dari-Nya Yang Maha Esa.

Hingga ketemu lagi di lain waktu, inshaAllah.





































































Rabu, 25 Jun 2014

Marhaban Ya Ramadhan

Marhaban Ya Ramadhan


Alhamdulillah ...
Syukur ke hadrat Ilahi, hari ini tanggal 26 Jun 2014 bersamaan dengan 28 Syaaban 1435 Hijrah.  Tinggal beberapa hari lagi, bulan Ramadhan yang dinanti akan tiba mengubat segala kerinduan.

Di dalamnya penuh dengan rahmat, keampunan dan pembebasan.  Di dalamnya kembali pengukuhan ikatan silaturrahim.  Silaturrahim yang longgar dirapatkan, yang tidak pernah berjumpa, dipertemukan, yang kurang mesra dimesrakan, yang berselisih faham didamaikan.

Ku bersyukur kepadaMu Ya Allah, Kau masih memberi nikmat dan iman untukku terus meniti titian kehidupan ... bermunajat kepadaMu bila mengharapkan sesuatu.  Moga munajatku di bulan Ramadhan kali ini lebih bermakna. Bukan untukku cuma tapi biarlah buat semua yang membaca tulisan yang tidak seberapa ini.

Moga kedatangan Ramadhan kali ini disambut oleh kita semua dengan hati yang senang, yang sakit berlapang dada.  Moga yang sakit disembuhkan, yang gusar ditenangkan olehNya.  Baginda Rasullullah S.A.W. bersabda,

"Barang siapa yang senang dengan datangnya Ramadhan (kerana Allah), maka diharamkan jasadnya masuk ke dalam api neraka"

Dari Sayyidina Ibnu Abbas Radhiallahu'anhuma, bahawa ia mendengar Rasullullah S.A.W. bersabda,

"Sesungguhnya syurga itu diberi harum-haruman dan diperindah dari tahun ke tahun kerana masuknya bulan Ramadhan.  Apalagi malam pertama bulan Ramadhan datang, angin dari bawah arasy yang bernam Al-Mutsirah berhembus, maka diam-diam di pepohonan ada bunyi di mana orang-orang yang mendengar tidak pernah mendengar ada bunyi yang lebih baik daripada bunyi itu, lantas muncullah bidadari-bidadari yang kemudian berdiri di syurga bahagian atas seraya berseru, "Apakah ada orang yang melamar kepada Allah Ta'ala kemudian Allah Subhanahuwata'ala akan mengahwinkannya dengan kami?"  Kemudian bidadari-bidadari itu bertanya (kepada malaikat penjaga syurga), Wahai Ridhwan, malam apakah ini?, Ridhwan lalu menjawab dengan talbiyan lantas berkata, "Wahai para bidadari yang cantik jelita, malam ini adalah malam pertama bulan Ramadhan"

Allah Ta'ala berfirman, "Wahai Malik, tutuplah pintu-pintu neraka bagi orang-orang yang berpuasa dari umat Muhammad" (Allah juga berfirman), "Wahai Jibril, turunlah ke bumi lalu ikatlah syaitan-syaitan yang jahat dengan rantai-rantai, kemudian buanglah mereka ke dasar laut sehingga mereka tidak merosak (mengganggu) puasa umat kekasihKu Muhammad"

Pada setiap malam selama bulan Ramadhan, Allah Ta'ala berfirman tiga kali, "Siapa yang memohon, maka Aku akan memenuhi permohonannya, siapa yang bertaubat, maka Aku akan menerima taubatnya, siapa yang memohon ampun, maka Aku akan memberinya keampunan".  Kemudian diserukan, "Siapakah yang akan menabung pada Dzat yang kaya yang tidak pernah miskin, yang menepati janji dan yang tidak pernah berbuat aniaya?"

Sesungguhnya setiap bulan Ramadhan di waktu berbuka, Allah Ta'ala memerdekakan satu juta orang dari neraka yang semuanya telah ditentukan siksaannya.  Pada hari dan malam Jumaat, setiap jam, Allah memerdekakan satu juta orang dari neraka yang semuanya telah ditentukan siksaannya.  Pada akhir bulan Ramadhan, Allah memerdekakan sejumlah orang yang telah dimerdekakan sejak awal sampai akhir bulan Ramadhan"

Pada malam Lailatul Qadar, Allah memerintahkan Jibril (untuk turun), maka Jibril beserta rombongan malaikat turun ke bumi membawa panji hijau yang diletakkan di atas Ka'bah. Ia mempunyai 600 sayap di antaranya ada dua sayap, yang tidak pernah dibentangkan kecuali pada malam Lailatul Qadar.  Pada malam itu ia membentangkan kedua sayap tersebut yang melingkupi timur dan barat.  Kemudian Jibril mengutus malaikat kepada umat Muhammad.  Para malaikat itu lalu mengucapkan salam kepada setiap orang yang berdiri, duduk, sholat dan berzikir.  Mereka menjabat tangan umat Muhammad dan mengaminkan doa mereka sampai fajar terbit. 

Apabila fajar terbit, Jibril berkata kepada para malaikat, "Wahai para malaikat, kembali, kembali.  Mereka bertanya, Wahai Jibril, bagaimana dengan kemahuan orang-orang mukmin dari umat Muhammad S.A.W.?  Jibril menjawab, "Sesungguhnya Allah telah melihat kepada mereka (dengan pandangan kasih sayang), memaafkan, mengampuni mereka kecuali empat perkara".  Mereka bertanya, Siapakah empat jenis manusia itu?  Jibril menjawab, "Orang yang meminum minuman keras, orang durhaka kepada ibubapanya, orang yang memutuskan tali persaudaraan dan Musyahin. (Rasullullah S.A.W.) ditanya, "Wahai Rasullullah, siapakah Musyahin itu? Beliau menjawab, Yakni orang yang tidak berbicara kepada saudara (sesama muslim) lebih dari 3 hari".



Apabila malam Idul Fitri datang, maka malam itu dinamakan malam (pemberian) hadiah. Apabila pagi hari Idul Fitri datang, maka para malaikat di utus ke setiap negeri kemudian mereka turun ke bumi dan berdiri di jalan lantas berseru dengan suara yang dapat didengar oleh seluruh makhluk Allah Ta'ala kecuali jin dan manusia.  Mereka berseru, "Wahai umat Muhammad, pergilah kamu kepada Tuhan Yang Maha Pemurah, yang memberikan (rahmat) yang banyak dan mengampuni dosa mereka, Allah berfirman kepada para malaikatNya, "Wahai malaikatKu, apakah upah pekerja manakala ia telah mengerjakan pekerjaannya?  Malaikat menjawab, "Tuhan kami, balasannya adalah supaya dibayarkan upahnya".  Allah berfirman, "Wahai malaikatKu, "Aku persaksikan kepadamu bahawa Aku telah menjadikan pahala mereka di dalam puasa mereka pada bulan Ramadhan dan sholat mereka itu (dibalas dengan) keredhaan dan ampunanKu",  Kemudian Allah Ta'ala berfirman,  " Wahai hambaKu, mintalah kepadaKu.  Demi Kemuliaan dan KeagonganKu, tidaklah kamu meminta kepadaKu pada hari ini, baik mengenai urusan duniamu mahupun agamamu, melainkan Aku akan memberikannya"

Semoga Allah Subhanahuwata'ala memasukkan kita semua ke dalam gplongan orang-orang yang beruntung, yang mendapat semua keistimewaan yang Allah janjikan pada bulan Ramadhan.

Walau bagaimanapun, apa yang lebih penting, jalani ibadah puasa Ramadhan dengan hati yang penuh ikhlas.  Jadikan madrasah Ramadhan kali ini yang terbaik untuk kita semua.

Dikesempatan ini, saya menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf kepada ayahanda, sanak saudara nun jauh di kampung halaman, sahabat handai serta rakan taulan yang ada di blog dan facebook serta yang berada di luar sana.  Tidak lupa saya juga mohon ampun maaf kepada semua jiran tetangga dan rakan-rakan seperjuangan di Jabatan JPNIN jika saya ada salah dan silap.  Sememangnya saya hambaNya yang kerdil dan tidak sempurna dan pastinya ada kekhilafan yang disengajakan apatah lagi yang tidak disengajakan.

Marhaban Ya Ramadhan .... Wassalam.

Isnin, 15 Julai 2013

Hubungan Etnik IPG KPI: ETNIK BANJAR

Hubungan Etnik IPG KPI: ETNIK BANJAR: 1.0       PENGENALAN Ramai yang menyedari bahawa masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai bangsa yang bersatu di bawah lembayung ...

periuktanah: Kuih Kalakatar lagi... 'febret' di bulan puasa

periuktanah: Kuih Kalakatar lagi... 'febret' di bulan puasa: Antara kuih-muih tradisi yang paling dicari di kampung K.An, di bulan Ramadhan ialah kuih Kalakatar.... Istimewanya, telah K.An ceritakan da...

Selasa, 13 November 2012

DOA AKHIR TAHUN 1433 HIJRAH DAN DOA AWAL TAHUN 1434 HIJRAH

Doa Akhir Tahun

Bacalah doa ini sebanyak 3 kali saat menjelang akhir tahun baru Islam.  Dilakukan selepas Waktu Asar atau sebelum Waktu Maghrib pada 29hb atau 30hb Dzulhijah. Dengan doa ini kita memohon agar kita akan mengakhiri perjalanan tahun yang akan ditinggalkan ini dengan mendapatkan keampunan dari Allah S.W.T. atas perbuatan-perbuatan yang dilarang oleh-Nya, dan apabila dalam tahun yang akan ditinggalkannya itu ada perbuatan-perbuatan yang diredhai oleh Allah S.W.T. yang kita kerjakan, maka mohonlah agar amal tersebut diterima oleh Allah S.W.T.
 
 
 
Doa Awal Tahun
Bacalah doa ini 3 kali ketika masuk tahun baru iaitu 1hb Muharam. Boleh dilakukan selepas Waktu Maghrib atau pun sesudahnya. Dengan doa ini kita sebagai mukmin memohon kepada Allah S.wW.T.. agar di dalam tahun baru ini kita dapat meningkatkan amal kebajikan dan ketaqwaan kepada-Nya.
 
 
 
 
Selamat beramal dan kumemohon keberkatan dariMu ya Rabbi.
Salam Maal Hijrah 1434 dengan ucapan, "Semoga Hari Ini Lebih Baik Dari Hari Semalam, Hari Esok Lebih Baik Dari Hari Ini dan Hari-Hari Mendatang Lebih Baik Dari Hari-Hari Yang Telah KuLalui".

Jumaat, 5 Oktober 2012


Inilah Rupanya Tangan Kanan Anakku





Muhammad Nasrulhaq Farhan Yang Kuat & Tabah

TRAGEDI 16 SEPTEMBER 2012

Hari ini tanggal 5 Oktober 2012, hari Jumaat bersamaan 19 Zulkaedah 1433 Hijrah.  Ini bermakna sudah 19 hari kejadian Tragedi 16 September 2012 yang hampir meragut nyawa anakku.  Nyaris aku kehilangan anak lelaki lagi setelah perginya anak lelaki sulungku 11 tahun lalu akibat demam panas ketika usianya 2 tahun 2 bulan.
 
16 September 2012, hari Ahad bersamaan 29 Syawal 1433 Hijrah.  Pagi yang hening dan damai.  Burung-burung berkicau riang.  Ada yang bertengek di pohon mangga di hadapan rumahku.  Sekawan monyet dan kadang kala lotong sedia mengintai buah-buah mangga yang sedang membesar.  Tak lama lagi ranum masak dipohon ketika itu.

Jiran-jiranku ada yang telah ke rumah Ustaz Rauyan Monagen, ustaz yang mengajar anak-anakku mengaji IQRA dan Al-Quran.  Tak patut kalau aku sekeluarga tidak menolong gotong royong rewang.  Apatah lagi ini kenduri perkahwinan anak perempuan sulungnya yang merupakan kali pertama dalam keluarga ustaz.  Semalam (Sabtu) aku bertugas di Program Merdeka Raya anjuran Jabatanku sendiri sebagai Jawatankuasa Penyambut Tetamu, isteriku pun ke sekolah. 

Jadi hari ni kena pergi juga, bentak hatiku.  Bila lagi nak bermasyarakat ... Aku cuba untuk menunaikan tangggungjawabku untuk lebih awal keluar rumah bagi membantu apa yang patut. 
Lebih kurang jam 10 pagi, panggilan telefon dari anakku meminta aku pulang atas desakan ibunya.  Mujur aku membawa telefon bimbit. 

Kurang 3 minit aku sudah sampai di rumah, isteriku telah sedia memandu kereta ke Hospital Tanjong Karang.  Kulihat anakku terdiam membisu macam trauma.  Lengan tangan kanannya yang dibalut dgn kain lampin penuh dengan darah.  Sambil memandu laju, isteriku berkata, kemalangan ketika dia mengundurkan MPV Exora yang baru kami beli.  Belum sampai sebulan lagi usianya.

Masa isteriku masuk ke dalam kereta, anakku sudah memusing ke belakang dan muncul untuk membuka pintu kereta, isteriku tak sedar, yang dia ingat ada dengusan "aduh" sahaja.  Bila dilihat rupanya anakku tersepit tangannya di pintu dan dia tersepit di tembok dinding pagar (batu) tepi rumah.  Alhamdulillah cepat disedari dan niat mengundur hanya sedikit bertujuan untuk membuka bonet depan kereta hendak memeriksa minyak hitam, air dan lain-lain yang patut.  Itulah penangan gear automatik, sikit sahaja ... hasilnya ...

Namun kesilapan tetap pada manusia.  Walau kereta kita secanggih macam mana sekalipun, ada kamera belakang, ada sensor, kalau takdir dah menentukan, kita tidak mampu mengatasinya kerana ia kuasa dariNya Yang Maha Kuasa.  Tapi ingatlah bahawa kesilapan sebegitu, kita perlu menutup pintu rumah sewaktu kita keluar walau dalam urusan yang kecil dan memastikan tidak ada yang mengikuti kita.  Itulah sedikit kecuaian isteriku dan anak-anakku yang lain di mana ketika itu ..

Akhirnya anak manjaku menerima 3-4 jahitan di otot dalam dan 14 jahitan di luar menjadi "habuan" anak bongsuku ini.  Alhamdulillah tidak masuk wad, anakku masih "kuat" walau kelihatan pucat.  Petangnya, kami berjumpa juga dengan ustaz sebagai tanda hormat sebagai jiran dan guru kepada anak-anakku semua.  Jasanya sehingga anakku yang sulung (kini) dapat khatam Al-Quran seusia 10 tahun.
 
1 kenduri perkahwinan rakan sejawatan isteriku di Kampung Bukit Kuching, kenduri Pak Ngah dan Mak Ngah Trolak hendak pergi menunaikan Fardhu Haji, jiran belakang rumah (Rahmat dan Soleha) dan ustaz Alias yang mengadakan open house di hujung Syawal semuanya aku dan keluarga tidak hadiri walau hari berkenaan aku ingin benar ke FELDA Trolak berjumpa dengan Pak Ngah dan Mak Ngah dan minta mereka mendoakan apa yang patut untukku sekeluarga dan mendoakan agar ayah berubah sikap dan sedar bahawa di dunia ini duit, kesenangan harta benda bukanlah segala-galanya.
 
Tanggal 26 September 2012, hari Rabu tibalah masanya jahitan luar tangan Muhammad Nasrulhaq Farhan akan dibuka.  Berduyunlah kami sekeluarga ke Klinik Kesihatan Kecil Kuala Selangor untuk membuka jahitan.  Malangnya senior nurse tidak berani membuka dan di rujuk kepada Medical Assistant (MA) dan dirujuk juga dengan boss mereka. Dah tentu seorang doktor dan doktor ni bergred UD44, kira doktor senior tapi belum pakar lagi kot.  Dia pun tidak berani membukanya dan kes dirujuk ke Unit Trauma, Bahagian Kecemasan, Hospital Sungai Buloh.  Katanya kalau boleh petang tu juga.  Tapi kami lewatkan, esok pagi-pagi kami dah bertolak dari rumah menuju ke Hospital Sungai Buloh yang kini hanya memakan masa 35 minit menggunakan Highway LATAR.  Alasan paling mudah ketidak beranian tersebut adalah jahitannya sepatutnya satu-satu bukan bersambung.
 
27 September 2012, doktor, MA dan Senior Nurse di Klinik Kesihatan Kuala Selangor digelakkan oleh doktor pakar.  Malah yang membukakan jahitan di sana hanya seorang MA.  Di sana doktor yang mengambil kes anakku adalah salah seorang doktor yang bertanggungjawab ketika aku menjalani pembedahan penyakit herniaku pada 3 April 2012 yang lalu.
 
Kini lukanya semakin sembuh hasil dari ketabahan dan dipermudahkan Allah S.W.T. untuk anakku mudah makan ubat-ubat yang diberikan oleh pihak hospital.  Pada semua jururawat, MA, doktor, diucapkan terima kasih.
 
Nadi hidup tidak berhenti setakat ini, ada keperitan membesarkan yang akan dikongsi dengan kalian di lembaran akan datang.
 
Ketemu lagi di lain waktu dan ketika.  Wassalam

Isnin, 10 September 2012

ReNuNg-ReNuNgKaN!!!!

 

*Duit RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket.

*45 minit terasa terlalu lama utk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu utk pertandingan bola sepak.

*Betapa lamanya 2 jam berada di Masjid tapi betapa cepatnya 2 jam berlalu saat menonton t.v dan wayang di pawagam.

*Susah sungguh merangkai kata utk dipanjatkan saat berdoa atau solat tapi betapa mudahnya cari bahan bersembang bila bertemu kengkawan,pakwe,makwe.

*Betapa seruan dan teriakan yg berpanjangan waktu pertandingan pasukan bola jadi kegemaran kita tapi betapa bosannya bila imam solat Tarawih bulan Ramadan bacaannya lama dan panjang.

*Susah sangat baca Al-Quran 1 juz tapi majalah hiburan dan novel best-seller 100 halaman pun habis dilahap.

*Orang berebut paling depan untuk menonton bola atau konsert ,dan berebut cari saf paling belakang bila sembahyang Jumaat supaya boleh cepat keluar.

*Kita perlu undangan seawal 3-4 minggu sebelumnya utk majlis ilmuan supaya boleh dimasukkan dlm agenda kita tapi utk acara lain seperti menonton wayang, annual dinner atau high-tea , jadual kita boleh diubah sekelip mata.

*Susahnya org mengajak menyebarkan dakwah, tapi mudahnya org menyertai dan menyebarkan gosip.

*Kita begitu percaya pada yg dikatakan oleh org sbg email layang di internet tapi kita sering menolak, mempermudah serta mempersoalkan apa yg terkandung dlm Al-Quran.!

* Semua org inginkan masuk syurga tanpa harus beriman, berfikir, berbicara ataupun melakukan apa-apa.
 
Petikan daripada  :  http://www.friendster.com/missmiya87