Ahlan Wa'sahlan, Selamat Datang, Welcome, Vanakam

"Kami mengucapkan Selamat Datang kepada semua pengunjung blog kami
"

Selasa, 13 November 2012

DOA AKHIR TAHUN 1433 HIJRAH DAN DOA AWAL TAHUN 1434 HIJRAH

Doa Akhir Tahun

Bacalah doa ini sebanyak 3 kali saat menjelang akhir tahun baru Islam.  Dilakukan selepas Waktu Asar atau sebelum Waktu Maghrib pada 29hb atau 30hb Dzulhijah. Dengan doa ini kita memohon agar kita akan mengakhiri perjalanan tahun yang akan ditinggalkan ini dengan mendapatkan keampunan dari Allah S.W.T. atas perbuatan-perbuatan yang dilarang oleh-Nya, dan apabila dalam tahun yang akan ditinggalkannya itu ada perbuatan-perbuatan yang diredhai oleh Allah S.W.T. yang kita kerjakan, maka mohonlah agar amal tersebut diterima oleh Allah S.W.T.
 
 
 
Doa Awal Tahun
Bacalah doa ini 3 kali ketika masuk tahun baru iaitu 1hb Muharam. Boleh dilakukan selepas Waktu Maghrib atau pun sesudahnya. Dengan doa ini kita sebagai mukmin memohon kepada Allah S.wW.T.. agar di dalam tahun baru ini kita dapat meningkatkan amal kebajikan dan ketaqwaan kepada-Nya.
 
 
 
 
Selamat beramal dan kumemohon keberkatan dariMu ya Rabbi.
Salam Maal Hijrah 1434 dengan ucapan, "Semoga Hari Ini Lebih Baik Dari Hari Semalam, Hari Esok Lebih Baik Dari Hari Ini dan Hari-Hari Mendatang Lebih Baik Dari Hari-Hari Yang Telah KuLalui".

Jumaat, 5 Oktober 2012


Inilah Rupanya Tangan Kanan Anakku





Muhammad Nasrulhaq Farhan Yang Kuat & Tabah

TRAGEDI 16 SEPTEMBER 2012

Hari ini tanggal 5 Oktober 2012, hari Jumaat bersamaan 19 Zulkaedah 1433 Hijrah.  Ini bermakna sudah 19 hari kejadian Tragedi 16 September 2012 yang hampir meragut nyawa anakku.  Nyaris aku kehilangan anak lelaki lagi setelah perginya anak lelaki sulungku 11 tahun lalu akibat demam panas ketika usianya 2 tahun 2 bulan.
 
16 September 2012, hari Ahad bersamaan 29 Syawal 1433 Hijrah.  Pagi yang hening dan damai.  Burung-burung berkicau riang.  Ada yang bertengek di pohon mangga di hadapan rumahku.  Sekawan monyet dan kadang kala lotong sedia mengintai buah-buah mangga yang sedang membesar.  Tak lama lagi ranum masak dipohon ketika itu.

Jiran-jiranku ada yang telah ke rumah Ustaz Rauyan Monagen, ustaz yang mengajar anak-anakku mengaji IQRA dan Al-Quran.  Tak patut kalau aku sekeluarga tidak menolong gotong royong rewang.  Apatah lagi ini kenduri perkahwinan anak perempuan sulungnya yang merupakan kali pertama dalam keluarga ustaz.  Semalam (Sabtu) aku bertugas di Program Merdeka Raya anjuran Jabatanku sendiri sebagai Jawatankuasa Penyambut Tetamu, isteriku pun ke sekolah. 

Jadi hari ni kena pergi juga, bentak hatiku.  Bila lagi nak bermasyarakat ... Aku cuba untuk menunaikan tangggungjawabku untuk lebih awal keluar rumah bagi membantu apa yang patut. 
Lebih kurang jam 10 pagi, panggilan telefon dari anakku meminta aku pulang atas desakan ibunya.  Mujur aku membawa telefon bimbit. 

Kurang 3 minit aku sudah sampai di rumah, isteriku telah sedia memandu kereta ke Hospital Tanjong Karang.  Kulihat anakku terdiam membisu macam trauma.  Lengan tangan kanannya yang dibalut dgn kain lampin penuh dengan darah.  Sambil memandu laju, isteriku berkata, kemalangan ketika dia mengundurkan MPV Exora yang baru kami beli.  Belum sampai sebulan lagi usianya.

Masa isteriku masuk ke dalam kereta, anakku sudah memusing ke belakang dan muncul untuk membuka pintu kereta, isteriku tak sedar, yang dia ingat ada dengusan "aduh" sahaja.  Bila dilihat rupanya anakku tersepit tangannya di pintu dan dia tersepit di tembok dinding pagar (batu) tepi rumah.  Alhamdulillah cepat disedari dan niat mengundur hanya sedikit bertujuan untuk membuka bonet depan kereta hendak memeriksa minyak hitam, air dan lain-lain yang patut.  Itulah penangan gear automatik, sikit sahaja ... hasilnya ...

Namun kesilapan tetap pada manusia.  Walau kereta kita secanggih macam mana sekalipun, ada kamera belakang, ada sensor, kalau takdir dah menentukan, kita tidak mampu mengatasinya kerana ia kuasa dariNya Yang Maha Kuasa.  Tapi ingatlah bahawa kesilapan sebegitu, kita perlu menutup pintu rumah sewaktu kita keluar walau dalam urusan yang kecil dan memastikan tidak ada yang mengikuti kita.  Itulah sedikit kecuaian isteriku dan anak-anakku yang lain di mana ketika itu ..

Akhirnya anak manjaku menerima 3-4 jahitan di otot dalam dan 14 jahitan di luar menjadi "habuan" anak bongsuku ini.  Alhamdulillah tidak masuk wad, anakku masih "kuat" walau kelihatan pucat.  Petangnya, kami berjumpa juga dengan ustaz sebagai tanda hormat sebagai jiran dan guru kepada anak-anakku semua.  Jasanya sehingga anakku yang sulung (kini) dapat khatam Al-Quran seusia 10 tahun.
 
1 kenduri perkahwinan rakan sejawatan isteriku di Kampung Bukit Kuching, kenduri Pak Ngah dan Mak Ngah Trolak hendak pergi menunaikan Fardhu Haji, jiran belakang rumah (Rahmat dan Soleha) dan ustaz Alias yang mengadakan open house di hujung Syawal semuanya aku dan keluarga tidak hadiri walau hari berkenaan aku ingin benar ke FELDA Trolak berjumpa dengan Pak Ngah dan Mak Ngah dan minta mereka mendoakan apa yang patut untukku sekeluarga dan mendoakan agar ayah berubah sikap dan sedar bahawa di dunia ini duit, kesenangan harta benda bukanlah segala-galanya.
 
Tanggal 26 September 2012, hari Rabu tibalah masanya jahitan luar tangan Muhammad Nasrulhaq Farhan akan dibuka.  Berduyunlah kami sekeluarga ke Klinik Kesihatan Kecil Kuala Selangor untuk membuka jahitan.  Malangnya senior nurse tidak berani membuka dan di rujuk kepada Medical Assistant (MA) dan dirujuk juga dengan boss mereka. Dah tentu seorang doktor dan doktor ni bergred UD44, kira doktor senior tapi belum pakar lagi kot.  Dia pun tidak berani membukanya dan kes dirujuk ke Unit Trauma, Bahagian Kecemasan, Hospital Sungai Buloh.  Katanya kalau boleh petang tu juga.  Tapi kami lewatkan, esok pagi-pagi kami dah bertolak dari rumah menuju ke Hospital Sungai Buloh yang kini hanya memakan masa 35 minit menggunakan Highway LATAR.  Alasan paling mudah ketidak beranian tersebut adalah jahitannya sepatutnya satu-satu bukan bersambung.
 
27 September 2012, doktor, MA dan Senior Nurse di Klinik Kesihatan Kuala Selangor digelakkan oleh doktor pakar.  Malah yang membukakan jahitan di sana hanya seorang MA.  Di sana doktor yang mengambil kes anakku adalah salah seorang doktor yang bertanggungjawab ketika aku menjalani pembedahan penyakit herniaku pada 3 April 2012 yang lalu.
 
Kini lukanya semakin sembuh hasil dari ketabahan dan dipermudahkan Allah S.W.T. untuk anakku mudah makan ubat-ubat yang diberikan oleh pihak hospital.  Pada semua jururawat, MA, doktor, diucapkan terima kasih.
 
Nadi hidup tidak berhenti setakat ini, ada keperitan membesarkan yang akan dikongsi dengan kalian di lembaran akan datang.
 
Ketemu lagi di lain waktu dan ketika.  Wassalam

Isnin, 10 September 2012

ReNuNg-ReNuNgKaN!!!!

 

*Duit RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket.

*45 minit terasa terlalu lama utk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu utk pertandingan bola sepak.

*Betapa lamanya 2 jam berada di Masjid tapi betapa cepatnya 2 jam berlalu saat menonton t.v dan wayang di pawagam.

*Susah sungguh merangkai kata utk dipanjatkan saat berdoa atau solat tapi betapa mudahnya cari bahan bersembang bila bertemu kengkawan,pakwe,makwe.

*Betapa seruan dan teriakan yg berpanjangan waktu pertandingan pasukan bola jadi kegemaran kita tapi betapa bosannya bila imam solat Tarawih bulan Ramadan bacaannya lama dan panjang.

*Susah sangat baca Al-Quran 1 juz tapi majalah hiburan dan novel best-seller 100 halaman pun habis dilahap.

*Orang berebut paling depan untuk menonton bola atau konsert ,dan berebut cari saf paling belakang bila sembahyang Jumaat supaya boleh cepat keluar.

*Kita perlu undangan seawal 3-4 minggu sebelumnya utk majlis ilmuan supaya boleh dimasukkan dlm agenda kita tapi utk acara lain seperti menonton wayang, annual dinner atau high-tea , jadual kita boleh diubah sekelip mata.

*Susahnya org mengajak menyebarkan dakwah, tapi mudahnya org menyertai dan menyebarkan gosip.

*Kita begitu percaya pada yg dikatakan oleh org sbg email layang di internet tapi kita sering menolak, mempermudah serta mempersoalkan apa yg terkandung dlm Al-Quran.!

* Semua org inginkan masuk syurga tanpa harus beriman, berfikir, berbicara ataupun melakukan apa-apa.
 
Petikan daripada  :  http://www.friendster.com/missmiya87