Ahlan Wa'sahlan, Selamat Datang, Welcome, Vanakam

"Kami mengucapkan Selamat Datang kepada semua pengunjung blog kami
"

Sabtu, 28 Jun 2014

AKU, ISTERI DAN ANUGERAH


Indahnya Sabar 

"Dalam apa jua yang kita lakukan dalam kehidupan, belajarlah bersabar meskipun adakala kita gagal kerana kita juga manusia biasa .... tidak sempurna.  Namun buatlah sesuatu sesempurna mungkin.  Apabila bekerja di suatu tempat, jangan suka-suka berhenti.  Kekallah bekerja dalam satu tempoh untuk menimba pengalaman."  Iyulah pesanan arwah ibuku, Masniah binti Haji Amin suatu ketika dahulu yang menjadi peganganku hingga kini.


Sesekali aku teringat logo rasmi Biro Tatanegara, Jabatan Perdana Menteri yang terdahulu, "Sentiasa Menjiwai Kecemerlangan".  Kini motonya sudah bertukar menjadi "Bersama Mencipta Kegemilangan".  Biro Tatanegara banyak mengajar aku tentang disiplin ketika bekerja. Maklumlah aku bermula dari bawah ketika bekerja di sana.  Bermula dengan jawatan Kerani Am sebagai "pekerja sambilan" yang bergajikan "gaji harian" kemudian barulah diserapkan ke jawatan "kontrak" sebagai Penolong Pegawai Penyelidikan di Bahagian Penyelidikan dan kemudiannya di Bahagian Latihan sebagai Penolong Pegawai Latihan.  Agak lama juga aku di sana iaitu bermula pada Ogos 1991 hinggalah 14 Julai 1996.  Aku bersyukur kerana diberi kesempatan menemui ramai orang yang hebat-hebat dalam kehidupan dan kerjaya dan ada diantaranya masih berhubung denganku.

Dari Biro Tatanegara aku berhijrah ke Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional dan aku bertugas di Negeri Selangor dari dulu hingga kini.  Bermula dengan Daerah Hulu Langat pada 15 Julai hingga 31 Oktober 1997, kemudian ke Daerah Petaling mulai 1 November 1997 hingga 10 Mei 2004.  Selepas itu aku dapat bertukar ke Daerah Kuala Selangor mulai 10 Mei 2004 hinggalah 18 September 2011.  Selepas aku naik satu tangga, aku posting ke Daerah Hulu Selangor bermula pada 19 September 2011 hingga 2 Oktober 2011. Disebabkan kekurangan kakitangan di Daerah Kuala Langat, Haji Abdul Halim bin Omar, Pengarah, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Selangor mohon aku ke Daerah Kuala Langat.  Maka pergilah aku bertugas di sana mulai 3 Oktober 2011 hinggalah 18 Oktober 2011 setelah ada rakan sejawatan dari Negeri Sabah, mengisi kekosongan yang sedia ada.  Episod baru lagi buatku tapi alhamdulillah atas keprihatinan Pengarah, sekali lagi aku bertukar, kali ini ke Daerah Sabak Bernam.  Bekerjalah aku di sana bermula 19 Oktober 2011 hingga kini.

Pengalaman demi pengalaman aku kutip, hasilnya sepanjang tempoh aku memegang jawatan tetap dan berpencen di Jabatan ini mulai 10 Mei 2004 hingga kini, aku telah meraih 3 Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) iaitu untuk Tahun 2005 (terima pada 2006), Tahun 2009 (terima pada 2010) dan Tahun 2013 (terima pada 2014).


Gambar kenang-kenangan bersama YBhg. Haji Abdul Halim bin Omar, Pengarah, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Selangor ketika menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC), Jabatan Perdana Menteri Tahun 2013 pada 12 Jun 2014

Di Dewan Perdana, Putrajaya International Convention Centre (PICC), Putrajaya ketika menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC), Jabatan Perdana Menteri Tahun 2013 pada 12 Jun 2014 (Khamis) jam 2.30 petang

Tahun 2014 merupakan tahun yang menggembirakan buatku dan isteriku, Siti Norsnasiah binti Abd Wahab di mana beliau juga menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) PejabatPendidikan Daerah Kuala Selangor Tahun 2013.  Anugerah tersebut adalah yang anugerah kali kedua buatnya setelah kali terakhir menerimanya bagi Tahun 2005 (terima pada pada 2006) sepanjang menjadi guru di Sekolah Kebangsaan Dato' Maharaja Lela, Jeram, Selangor.


Isteriku bergambar kenangan di One Plaza Ballroom, Kuala Selangor ketika menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Selangor Tahun 2013 pada 27 Jun 2014 (Jumaat) jam 2.30 petang
Isteriku bersama mantan Guru Besar, SK Dato' Maharaja Lela, Jeram, Haji Mahani bin Misran yang turut sama menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2013 di One Plaza Ballroom, Kuala Selangor


Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Dan Anugerah-Anugerah Lain


2 gambar ini adalah gambar kenang-kenangan ketika aku menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC), Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Jabatan Perdana Menteri Tahun 2009 yang diterima pada 15 Julai 2010 (Khamis) jam 8.30 pagi bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) yang disampaikan oleh Y.B. Senator Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM).  Turut hadir Timbalan Menteri di JPM Y.B. Senator Dato' T. Murugiah




Gambar di bawah menunjukkan ketika isteriku menerima Anugerah "Leadership Award for Troop / Unit Leaders 2007" daripada Kar Mei Lee, Regional Director, Asia Pacific and Cristina Lim - Yuson, Ph.D, Chairman, Asia Pasific Committe (World Association of Girl Guiders & Girl Scouts) yang disampaikan oleh Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tuanku Nur Zahirah, Raja Permaisuri agong Ke-13 bertempat di Hotel Allson Klana, Seremban, Negeri Sembilan. Nama penuh DYMM Tuanku Nur Zahirah ialah Cik Puan Siti Rozita binti Adil Bakeri.






Gambar berikutnya adalah Anugerah Guru Penasihat Kokurikulum (Perempuan) Kokurikulum Daerah Kuala Selangor Kategori Sekolah Rendah Tahun 2007 yang diperolehi oleh isteriku disampaikan ketika sambutan Hari Guru tahun berkenaan.



Gambar berikutnya adalah gambar kenanganku ketika menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Jabatan Perdana Menteri (JPM) Tahun 2005 yang diterima pada 7 September 2006, jam 8.30 malam bertempat di Dewan Istana, Clubhouse A'Farmosa Resort, Melaka.  Anugerah disampaikan oleh Y.B. Datuk Dr. Maximus Johnity Ongkili, Menteri di Jabatan Perdana Menteri.  Inilah satu-satunya gambar yang ada kerana gambar yang dibeli daripada jurugambar tidak dihantar sampai ke hari ini.  Sudahlah tu, tarikh dalam kamera terlupa untuk diperbetulkan.

Gambar kenang-kenangan bersama YBhg. Encik Gandesan a/l Letchumanan mantan Pegawai Perpaduan Daerah Hulu Langat / Sepang / Kuala Langat ketika itu


Gambar terakhir adalah gambar ketika isteriku menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2004 Perkhidmatan Pelajaran Daerah Kuala Selangor yang beliau terima pada 22 September 2005 di Dewan Prima, Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor.



Semua anugerah yang telah diterima oleh kami menjadi pemangkin, pendorong dan contoh tauladan kepada anak-anakku yang masih ada di dunia fana ini iaitu buat Siti Nur Nabilah yang masih menuntut di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor, Siti Nur Farhana yang akan menduduki Peperiksaan UPSR Tahun 2014 tidak berapa lama lagi, buat Siti Nur Zafirah, Muhammad Fakhrullah dan Muhammad Nasrulhaq Farhan.  Tidak lupa buat tatapan guruku Puan Fatimah Hani binti Haji Said yang meninggalkan kesan positif buat diriku.

Selebihnya, buat insan-insan yang ingin mencari contoh tauladan.  Namun segala kekurangan datangnya dari saya dan kebaikkan hanya datang dari-Nya Yang Maha Esa.

Hingga ketemu lagi di lain waktu, inshaAllah.





































































Tiada ulasan:

Catat Ulasan