Ahlan Wa'sahlan, Selamat Datang, Welcome, Vanakam

"Kami mengucapkan Selamat Datang kepada semua pengunjung blog kami
"

Isnin, 5 Julai 2010

LAMBAIAN SINAR RAMADHAN ...

Hari ini 5 Julai 2010 bersamaan dengan 24hb bagi Tahun Harimau (kaum Cina) dan 21hb bagi Tahun Viya Margali (kaum India). Tapi angka itu tidak berapa penting bagi aku, hanya sekadar angka bagi perlambangan masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa dan agama. Erti kata lain perlu tahu kalau seseorang itu menganggap "perpaduan" penting dalam sebuah negara yang berbilang kaum, etnik, budaya, agama dan adat resam.

Bagi aku angka yang lebih penting pada hari ini adalah bersamaan dengan 22hb Rejab 1431 Hijrah dalam kalendar Islam. Maknanya tidak berapa lama lagi bulan Ramadhan al-Mubarak akan muncul.

Bermula daripada orang fakir-miskin, berpendapatan rendah, orang yang berniaga, yang menyediakan makanan, yang ingin beramal ibadat ... semuanya berharap Ramadhan muncul selalu. Kalau boleh saban bulan adalah bulan Ramadhan.

Orang fakir miskin dan berpendapatan rendah akan mengharapkan bulan Ramadhan sebagai bulan di mana orang kaya membela nasib mereka. Macam-macam diterima sebagai sedekah dari orang kaya. Cuma yang memberi tersebut sama ada ikhlas atau sekadar untuk menunjuk ... hanya Allah S.W.T. sahaja yang mengetahuinya. Iyalah, bulan-bulan lain semua tu "layu", seolah-olah bulan-bulan lain kalau beri apa pun tak ada "pahala".

Orang yang pandai berniaga, Ramadhan adalah bulan surga dunia mereka. Ada juga yang tak pandai berniaga, pun jadi mata pencarian atau masa menambah pendapatan. Begitu juga yang pandai memasak dan cuba-cuba berniaga ... boleh buat duit. Katanya cari "duit raya"!

Tapi kadang-kadang mereka tidak ingat atau sengaja "buat-buat tak ingat" bahawa mereka berniaga "mencekik darah" orang lain dengan meletakkan harga barangan terutama harga makanan agak tinggi daripada bulan-bulan lainnya.

Macam-macam juadah yang dijual. Adakalanya memang berbaloi sebab bila berbuka puasa memang sedap. Adakalanya hampeh ... menyumpah kerana tidak sedap atau makanan tu sudah basi. Tapi seronoknya Ramadhan akan mendatangkan pelbagai jenis makanan yang pelik-pelik. Pelik dari segi nama dan rupa. Ada yang hodoh tapi sedap dan begitulah sebaliknya.

Tidak kurangnya aku, Ramadhan belum lagi muncul. Masih ada lagi lebih kurang sebulan lebih lagi. Kesibukkan makin terasa ... Aku dan isteri mula memikirkan baju raya anak-anak. Persediaan di bulan Ramadhan. Maklum sajalah anak-anak aku dah mula membesar dan dah pandai berpuasa. 2 orang dah pandai berpuasa penuh .... lembik badan nak menunggu masa berbuka puasa.

Tahun ni, inshaAllah seorang lahi akan ikut jejak kakak-kakaknya untuk berpuasa penuh sebulan meskipun umurnya baru 6 tahun. Paling meriah anak aku yang lelaki 2 orang tu sudah besar. Mesti hiruk-pikuk jadinya bila masa berbuka puasa dan akan menjadi "peneman sejati" bila masa bersahur. Tidak apa, aku pasti tumpang gembira nanti ...

Pastinya juga, anak-anak aku akan minta macam-macam benda untuk dimakan. Antara keinginan, kemahuan dan nafsu. Masing-masing akan "bergaduh" dalam kepala. Pastinya mereka akan mengingat antara pesanan guru agama dan dinilai sejauh mana soal keimanan ...

Aku bukan apa pasal baju raya, memang aku dan isteri dah belikan awal-awal lagi ... 19hb Jun 2010 lalu dah kami siapkan. Bukan apa, aku dan isteri akan sibuk. Malah sekarang pun aku sudah sibuk membantu isteriku menyiapkan baju-baju tempahan raya daripada klien kami.

Statusku sebagai "tukang jahit tepi" menjadi pembantu kepada isteriku yang bertindak sebagai master dalam soal menjahit kain baju pelanggan termasuk langsir raya. Ada waktunya, kami pun tidak sempat nak tukar kain langsir kerana menyiapkan setiap tempahan yang diterima.

Itupun "duit raya" bagi kami sekeluarga ... Sekurang-kurangnya duit itulah yang akan menjadi duit raya untuk anak-anak buah, duit untuk membeli belah, duit untuk minyak balik kampung, duit untuk "open house" kami. Oppss, tahun ni kami tak buat open house ... tunggu tahun depan arr. Tapi rumah kami sentiasa "dibuka" sepanjang Syawal ...

Maka bermulalah kerjaku sebagai "Tukang Jahit Tepi", itulah sebahagian daripada "specialist" dalam kehidupanku
... demi mencari rezeki untuk anak-anak,
... demi membantu lelah seorang isteri mencari rezeki tambahan,
... demi kelangsungan hidup di HARI RAYA 1431 Hijrah

... Moga Ramadhan kali ini memberi makna yang besar dalam hidupku demi mendekati Allah S.W.T. Yang Maha Esa, amien.

Khamis, 29 April 2010

Memoirku Sempena Hari Guru 2010








Dulu DIA pegang rotan,
KAU kata DIA garang ...
Bila DIA lambat masuk ke kelas,
KAU kata DIA malas ...
Bila DIA marah-marah,
KAU kata dia melampau,
Kini ... KAU adalah DIA
Jadi ... SELAMAT HARI GURU untuk KAU yang telah menajdi DIA
"Selamat Menyambut Hari Guru"

Inilah sebahagian daripada petikan SMS yang sedikit masa dulu dihantar ke sana sini. Meriah sungguh ... Sama meriahnya dengan suasana sambutan yang sama sekitar tahun 1978 ketika aku berada di darjah 1, belajar di Sekolah Kebangsaan Telok Medan (SKTM) Bagan Serai, Perak. Cuma cara sambutannya tidak sama seperti mana kini.

Paling aku ingat sambutan Hari Guru masa aku di sekolah rendah adalah tentang pengisian acara silapmata. Pandai silap mata itu "menipu" atau mungkin aku dan kawanku yang lain "tertipu". Maka keluarlah dari dalam topinya bendera tiga segi kecil-kecil seumpama bendera yang diletakan di padang sekolah sewaktu sukan sekolah ... berwarna-warni. Akhir sekali keluar seekor burung merpati. Kali terakhir aku melihat silap mata apabila pegawai Bahagian Latihan Biro Tatanegara (pegawaiku juga) membakar duit sebenar tapi sebenarnya duit tu tak terbakarpun ... ntah, sampai sekarang aku tiada jawapannya ...

Kini bukan sahaja bangunan sekolahku yang dahulunya hanya bangunan kayu usang telah bertukar menjadi "hutan batu". Gambar bangunan lama kayu tersebut hanya boleh dilihat melalui gambar profail facebook Siti Hajar, lainnya hanya tinggal kenangan yang pasti kekal dalam ingatan.

Dulu aku dengan kawan-kawan boleh lagi main "police sentri" main guli di bawah bangunan usang tersebut. Bila tengahari waktu rehat, aku dan seorang dua kawan-kawan makan bekal di bawah bangunan tu. Nyorok-nyorok makan, malu. Ntah kenapa, aku tak macam budak-budak lain, pendiam. Kalau bawa balik bekal yang emak bagi, nanti kena marah. Kadang-kadang aku kongsi bekal tu supaya isi kandungannya habis, biar tak bersisa.

Kalau tak bersisa, ibu suka. Ibu gembira. Ibu kata duit boleh simpan dalam tabung. Lama-lama duit jadi banyak. Keluargaku bukannya senang. Duit poket masa tu cuma ayah bagi 2 kupang ja (20 sen) setiap orang anaknya. Itu jam 2 kupang pun dah boleh beli macam-macam. Kacang goreng 2 bungkus kecil baru 5 duit (5 sen). Nasi lemak baru 5 sen sebungkus. Kenyang giler woo, minum air teh o yang dibekalkan oleh ibu.

Aku cerita pasal ibuku ni bukan apa. Ibulah "Guruku" yang pertama dan utama dalam hidupku. Ibuku ibu sejati dalam hidupku. Walaupun ibu buta huruf (tidak sepenuhnya) tapi ibu akan ajar setiap orang anak-anaknya abjad ABC sampailah Z dan angka 0 hinggalah 9. Dulu mana ada tadika atau sistem pra-sekolah di desaku seperti mana zaman anak-anakku sekarang. Hanya ibuku akan jadi guruku dan adik beradik yang lain sebelum kami masuk darjah satu.

Walaupun ibu buta huruf tapi ibu masih boleh membaca "sebiji-sebiji". Itupun yang penting-penting saja. Contohnya setiap perkataan di kepala bas, sebab ibu akan menaiki 2 buah bas jika nak ke rumah Tok (nenek) di Tanah Kebun, Simpang Lima, Parit Buntar. Selain itu, ibu akan mengingat warna. Tapi masa dulu warna bangunan, bas atau kedai tak tukar cat suka-suka. Sekarang cara ni dah tak boleh pakai dah.

Walaupun ibu kekurangan dari sudut itu, tapi beliau berpesan agar kami adik beradik jadi seperti adiknya yang ku panggil Pakcik Deris ( Mohamad Idris). Belajar rajin-rajin walau aku tak mampu menunaikan harapan ibu untuk belajar hingga ke menara gading jauh sekali ke oversea. Pakcik Deris adalah satu-satu adik ibu yang telah belajar ke United Kingdom.

Ada beberapa orang insan yang membolehkan aku menjadi manusia sekarang. Selain ibu dan diriku sendiri, bapa saudaraku Pakcik Deris, kakakku Masriah dan beberapa orang guruku semasa di sekolah rendah dan menengah iaitu cikgu Norizan (SKTM), cikgu Norsalehan binti Haron dan cikgu Fatimah Hani binti Said (SMAI).

Aku melihat kakakku gigih dalam menuntut ilmu, dia ada misi dan visi dalam kehidupan pendidikannya. Walaupun beliau hanya mendapat Gred 3 dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), beliau mengulang SPM lagi untuk mencari keputusan yang lebih baik. Mengulang di sekolah agama rakyat di Madrasah al-Ridzuaniah, Telok Medan. Walaupun keputusannya selepas itu sama saja, tapi beliau meneruskan untuk belajar aliran agama. Kini beliau telah mengajar di Sekolah Rendah Agama setelah beberapa tahun (sebelum berkahwin dulu), beliau mengajar di surau fardhu ain.

Dengan cikgu Norizan, aku cepat belajar tentang jam, bagaimana melihat jam sebenar. Tatkala kawan-kawan sekelasku yang lain masih terkial-kial dan kena marah dengan cikgu Norizan. Sebab itu masa bagiku amat berharga. Betapanya berharga masa, ianya diadaptasi apabila aku berkerja di Bahagian Biro Tatanegara. Bagaimana kalau kita nak membentuk peserta betapa pentingnya setiap minit jika kita tidak punya disiplin masa yang kuat. Fikirkanlah ...

Paling bermakna dalam hidup aku yang memberi ruang aku melihat ke hadapan adalah susah payah seorang guru kelasku. Sebelum tu, jasa cikgu Norsalehan binti Haron, guru kelas semasa aku di Tingkatan 5 (5 Sastera 1) telah meninggalkan satu sistem pembelajaran subjek Bahasa Melayu yang cukup kuat untuk aku bangkit dari kegagalan. Aku gagal dalam SPM pada 1988 walaupun aku berada di kelas yang terbaik dalam aliran Sastera.

Bahasa Malaysiaku tidak kredit walaupun aku mendapat Gred 2 dengan 5 mata pelajaran kepujian. Hancur hatiku tidak siapa yang tahu ketika itu. Setelah ditimbang dan melihat kegigihan kakakku, kenapa tidak aku mencuba lagi. Aku mengambil semua subjek dan hanya belajar di rumah. Masa-masa aku selebihnya adalah menolong ayah dan ibu ke sawah ladang serta ke kebun kelapa serta koko. Aku juga mencuba nasib mengerjakan sawahku sendiri sebanyak 2 ekar selain memelihara 100 ekor ayam kampung dengan bantuan ibu.

Alhamdulillah penat lelahku mengulangkaji sendirian di rumah selepas subuh dan sebelum tidur (walau aku kepenatan dengan rutin harian), akhirnya aku mendapat keputusan SPMku sehari selepas diumumkan oleh Kerajaan melalui pos. Aku kekal dengan Gred 2, dengan agreget yang lebih kecil dari dahulu dan kekal dengan 5 kepujian. Sekiranya teks Sastera tidak ditukar, mungkin aku dapat 6 kepujian malah Bahasa Melayuku dari 8 (lulus) kepada 4 (kepujian). Terima kasih cikgu Norsalehan yang "meninggalkanku" selepas berlaku kemalangan. Di mana guruku ini sekarang, jenuh aku mencarinya, begitu juga dengan guruku yang ini ... Fatimah Hani binti Said.

Tapi aku juga tidak lupa kepada cikgu Norhayati, guru yang menggantikan cikgu Norsalehan setelah beliau mendapat kecelakaan jalan raya dan parah. Walaupun cikgu Norsalehan hanya sempat mengajarku 2 bulan sahaja (kalau tak silap) pada tahun 1988 (Januari dan Februari) tapi beliau telah meninggalkan tapak yang kuat dalam subjek Bahasa Melayu sedari aku di tingkatan 4 lagi.

Aku akui cikgu Norhayati (Yati) tidak sebaik dan setegas cikgu Norsalehan. Beliau asalnya guru praktikal dari USM. Ntah macam mana beliau menggantikan terus cikgu Norsalehan dan menjadi guru kelasku ketika itu. Sebab itu aku main-main (malah rakan-rakanku yang lain juga main-main bila beliau mengajar subjek Bahasa Melayu). Aku pula di rumah akan berbahasa Banjar kerana itulah bahasa ibundaku. Akhirnya diri sendiri terima padah. Walau apa pun, kalau aku ada menyusahkannya dahulu, aku ingin mohon maaf. Sekarang rakan sekelasku (yang juga seorang guru) Mohd Shafie bin Shaari mengatakan bahawa, cikgu Yati ada dan mengajar di sekitar Parit Buntar.

Fatimah Hani binti Said ... adalah nama besar dalam seluruh kehidupan aku. Disebabkan oleh beliaulah (selepas ibuku), aku menjadi seorang insan dan manusia yang berguna. Berguna untuk diri sendiri serta keluarga, berguna untuk masyarakat, agama dan negara. Walaupun aku bukannya seorang yang berpangkat besar kerana aku hanya sebahagian daripada "arkitek" yang akan menentukan hala tuju masayarakat masa depan.

Hanya aku dan cikgu Fatimah Hani saja yang tahu kenapa, mengapa aku selalu tidak datang ke sekolah ketika aku berada di tingkatan 4 dulu. Sudut pandangan guru sejati tepat sekali. Aku seorang yang cintakan ilmu tapi kerana "masalah" itu aku hilang keyakinan diri. Ianya menjadi lipatan sejarah yang begitu besar maknanya dalam hidupku. Sesuailah juga guruku ini menjadi guru kaunseling.

Kini aku melayari hidupku semuanya berasaskan keyakinan yang dibina oleh guru yang bernama Fatimah Hani Said dan semua guru-guruku yang lain. Banyaknya keyakinan itu datang setelah setiap kali kegagalan yang aku tempuhi. Kan aku adaptasikan dan implimentkan apa yang telah berlaku dalam hidupku untuk menjadi panduan generasi akan datang.

Sedikit masa dahulu aku didik peserta Kursus Bina Negaraku terutamanya para belia remaja (kerana aku di Unit Belia & Badan Sukarela, Bahagian Latihan Biro Tatanegara, JPM). Ketika itu aku adalah Penolong Pegawai Latihan, kalau di kem (tempat kursus) aku adalah Penolong Penyelaras Kursus. Kini suasana lebih terbuka, kalau di BTN aku mendidik dan memotivasikan orang Melayu sahaja, sekarang untuk semua kaum.

Menjadi tugas kami sebagai pegawai dan kakitangan di Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional untuk memelihara, mengekal dan menambaik soal perpaduan di antara kaum dan di dalam kaum itu sendiri.

Adakah aku juga boleh diklasifikasikan sebagai seorang GURU? Bukan apa pada 14 Mei 2010, aku mendengar khatib membaca khutbah sembahayang Jumaat. Sebagai kesimpulan dan semangat kepada semua yang dipanggil Guru, Cikgu, Ustaz atau yang sewaktu dengannya ...

"Biarpun gaji seorang guru tidak memungkinkan untuk menjadi Jutawan di dunia ini, tapi sudah pasti akan menjadi JUTAWAN di AKHIRAT kelak. Itupun bergantung kepada ketulusan bekerja dengan penuh keikhlasan, kejujuran dan berhati bersih". Itulah janji Allah S.W.T."

"Biarlah menjadi GURU kerana GURU umpama seperti sebatang pokok, walaupun dibaling batu oleh orang lain tapi BIARLAH pokok tersebut menggugurkan buah yang masak ranum dan manis pula untuk dinikmati oleh orang lain".

"SELAMAT HARI GURU 2010", hanya Allah S.W.T. yang akan membalas jasa kalian seadilnya. Moga menjadi amal jariah yang berpanjangan.


Nukilan ini didedikasikan kepada :

Arwah ibuku, Masniah binti Haji Amin, kaulah GURUKU yang sejati

Isteriku Siti Norsnasiah binti Abd Wahab, kerana beliau seorang GURU

... anak-anakku Siti Nur Nabilah, Siti Nur Farhana, Siti Nur Zafirah
kerana cita-cita mereka untuk menjadi GURU

Juga ... cikgu Fatimah Hani binti Said, GURUKU yang penuh berdedikasi
cikgu Norsalehan binti Haron, jasamu tetap ku kenang
cikgu Norizan yang memberi erti sebenar tentang MASA dan
semua GURU dan PENOLONG GURU Tabika Perpaduan
di bawah penyeliaanku ....

Isnin, 12 April 2010

SALAHSILAH ABAS BIN HASSAN & BASON BIN




"Selangkah Menuju Ke Hadapan"

Sudah menjadi lumrah alam, setiap yang datang pasti kan pergi, yang hidup pasti kan mati. Walau ada orang lain berkata, "yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti". Tapi tidak ramai yang ambil peduli bahawa, yang patah entah bila tumbuhnya, yang hilang bila pula akan bergantinya.

Itulah hukum alam, sebuah band yang menjadi kegilaanku suatu ketika dahulu selain Search, Lefthanded, Sofea, dan banyaklah lagi iaitu Kumpulan Wings yang menyebutnya sebagai "Hukum Karma". Malah air laut mahupun sungai pun ada waktunya pasang dan ada waktunya pula surut. Malah dalam keadaan-keadaan tertentu dipanggil pula "air mati".

Lebih tepat lagi, semua itu adalah ketentuan Allah S.W.T. Pencipta Sekalian Alam. Pagi kan dijemput petang, petang digamit senja, kemudian malam berlabuh mengwujudkan hening dinihari yang bertemankan bintang mahupun bulan. Bulan yang tidak pernah jemu-jemu dipandang oleh sesiapa jua makhluk cinptaanNya hingga wujud bidalan "pungguk rindukan bulan". Namun, yang pasti kegelapan malam akhirnya kan menjadi terang jua dengan sirna cahaya sang suria pagi di ufuk timur.

Hari demi hari berlalu. Ianya kan berganti minggu, minggu menjadi bulan, bulan menjadi tahun. Secara sedar mahupun tidak , umur meningkat menjadi remaja, dewasa dan menjadi orang tua yang matang tentang kehidupan. Pastinya pula akan dijemput oleh penciptaNya bila-bila masa sahaja kerana usia sebegitu telah menjadi waktu-waktu kecederaan dalam hidup. Ketika itu tidak ada apa yang difikirkan ...

Mungkin ada yang memikirkan, "apalah nasibku jadi begini". Mungkin sekadar keluhan cuma. Keluhan daripada kegagalan. Gagal memberikan pendidikan pada anak-anak sehingga ianya tidak dihiraukan di hari tua. Mungkin juga gagal dalam memberikan didikan dunia mahupun akhirat sehingga anak, menantu malah cucu menjadi orang yang tidak mengenang budi ibubapanya. Keluhan dalam erti kata lain kerana kehidupannya yang menjadi sia-sia cuma. Tidak ada apa yang boleh dibanggakan olehnya sepanjang usia yang dia ada ... untuk diri sendiri, untuk pasangan (kalau sudah berkahwin), untuk anak-anak, jauh sekali untuk masyarakat sekelilingnya.

Ada juga keluhan yang tercetus daripada diri sendiri akibat daripada kisah lampau yang keji. Mungkin yang ada di benak fikirannya hanyalah bagaimana nanti bila sudah mati, cukupkah amal ibadatnya, diterimakah segala permohonan ampunnya. Tak pasti .... memang tidak pasti tapi mungkin diri sendiri boleh mengagaknya. Semuanya hak Yang Maha Esa yang menentukan segalanya. Semuanya dari apa yang kita lakukan pada waktu sebelum-sebelumnya.

Mana kita ingat lagi bagaimana untuk mengingat siapa yang banyak memberi menafaat dalam hidup kita selama ini, mungkin moyang, mungkin datuk atau nenek (bagi yang pernah menjadi anak yatim piatu), ibubapa atau saudara mara lainnya. Begitu juga kita, berapa banyak menafaat yang kita telah berikan pada orang lain sepanjang kehidupan kita ini.

Tidak kurang juga yang memang sengaja tidak mahu ambil tahu tentang sanak saudara walau kemudahan telah diberikan olehNya sebagai "jambatan" ke arah menjalinkan silaturrahim. Sudah senang, rumah besar, kereta besar, suami atau isteri besar tapi tidak menunjukkan contoh tauladan yang baik kepada anak-anak atau cucu-cucu untuk menziarah kaum kerabat. Malah ada yang sengaja "buat-buat tidak tahu" walau dia tidak sibuk atau tidak sesibuk mana pun ... atau mungkin sengaja "buat-buat sibuk".

Bermula dari yang digelar moyang, datuk, nenek, ayah, ibu, cucu, cicit, sepupu, dua pupu dan seterusnya ... siapa yang betul-betul kenal semuanya. Manusia semakin sibuk dengan kerja seharian dan tamak mencari kebendaan duniawi.

Sampaikan ada segelintir yang dipanggil "bos" tidak lagi mahu mendengar alasan anak buahnya ambil cuti atau cuti kecemasan kerana hal-hal keluarga, katanya "kerja dulu", atau " kerja lebih utama". Apa sudah jadi dengan slogan "Keluarga Diutamakan" atau "Family First" yang diwar-warkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat suatu ketika dahulu? Saya ingin bertanya, siapa yang tidak sayangkan kerjanya? Kalau ada pun mungkin hanya dalam lingkungan 5% (andaian penulis).

Mereka seumpama itu, lebih mengejar dunia dari hal-hal kekeluargaan apatah lagi soal kejiranan. Mereka tidak tahu, setiap hasil titik peluh bekerja, anak-anak dan isteri akan mendoakan mereka supaya mencapai satu tahap yang lebih baik dalam hidup di masa-masa hadapan. Malah ibu dan ayah akan tersenyum dan mendokan anak cucunya setiap kali anak cucunya pulang ke kampung halaman menziarahinya. Percaya atau tidak, institusi kekeluargaan sebegitulah yang akan merosakkan kehidupan berkeluarga dalam jangka masa panjang kerana anak diabaikan, suami dibiarkan. Mana mungkin mereka sebegitu mendapat bantuan doa dari orang yang tersayang. Mungkin sekadar dendam atau rasa marah yang disimpan lama yang layak untuk mereka dapatkan.

Kita sudah lupa, ketika hari raya pun sudah ada yang tidak gemarkan "ziarah menziarahi". Lebih suka duduk di rumah daripada menjengok sanak saudara. Mereka lebih suka menonton TV, melihat cerita-cerita yang dihidangkan oleh stesen TV percuma mahupun yang berbayar. Sudah tidak banyak yang ingin menyematkan perasaan yang kuat untuk membawa anak-anak mengenal sanak saudara atau sepupu sepapat. Lebih malang lagi ada yang tidak kenal anak buah walaupun sekadar dengan nama panggilan.

Atas kesedaran ini, sebagai seorang anak kepada "isi perut", penulis rasa terpanggil untuk menulis tentang susur galur kekeluargaan baik sebelah ayah mahupun sebelah ayah termasuk keluargaku sendiri. Tidak lupa untuk aku menitipkan susur galur keluarga isteriku yang kusayang.

13 tahun yang lampau impian untuk mengumpulkan semua sanak saudara, sepupu sepapat tumbuh dalam jiwaku selaku penulis. Kini hasrat ini mungkin menjadi kenyataan dengan sokongan dan hasil usaha bersama bapa saudaraku Mohamad Idris bin Haji Amin. Peringkat awalnya beliau ingin menerbitkan salasilah kekeluargaan ini dalam bentuk sebuah buku. untuk tatapan semua anak cucu tapi aku lebih kepada medium elektronik. Zaman sudah berubah, anak muda lebih cenderung kepada teknologi IT. Mudah-mudahan supaya setiap anak cucu dan generasi akan datang akan dapat bertumpu ke laman blog ini dan terus melangkah ke hadapan bagi mengeratkan lagi silaturrahim, inshaAllah.

Kalau saya mampu, akan diusahakan untuk membina laman web / portal keluarga yang lebih baik di masa-masa akan datang.

Didikasi buat,

Isteriku Siti Norsnasiah binti Abd Wahab yang amat kusayangi
semua anak-anakku terutama arwah Muhammad Farhan
arwah ibuku Masniah binti Haji Amin
ayahandaku Harun bin Haji Ali
bapa saudaraku Mohamad Idris bin Haji Amin
semua saudara mara
sepupu sepapat dan sahabat handai
yang menyumbang fakta ke arah menjayakan hasrat ini.

HAMDAN BIN HARUN
11 April 2010
(39 tahun usiaku ketika ini)


BAB 1

Susur Galur Salasilah "Tok Abas" - Abas bin Hassan - Sebelah Ibuku

Nama sebenar allahyarham adalah Abas bin Hassan. Berasal dari Kepulauan Borneo . Secara tepatnya berasal dari Banjar Masin sebuah pekan kecil di Kalimantan, Indonesia. Berbangsa Banjar. Lebih tepat lagi suku kaum Banjar sebelah Tok Abas adalah Banjar Kalua. Kalau orang Jawa ada Jawa Halus dan Jawa Kasar (Deponegoro), maka Banjar Kalua boleh ditakrifkan sebagai Banjar yang halus. Bahsa pertuturan Banjarnya juga halus, kesopanannya juga halus. Berbeza dengan suku kaum Banjar lain (mengikut pemerhatian penulis).

Menetap di Malaysia (ketika itu disebut Semenanjung Tanah Melayu) sebelum kedatangan Jepun iaitu sekitar 1941 atau sebelum Perang Dunia Kedua lagi. Menetap di Parit Haji Wahab, Parit Buntar, Perak. Berkahwin dengan Halimah binti Dugro dan dikurnikan seramai 7 orang anak. Salah seorang anaknya iaitu anak yang paling bongsu sekali adalah datukku iaitu Haji Amin bin Abas. Datukku berkahwin dengan Hajah Esah binti Salep dan dikurniakan 9 orang anak termasuk arwah ibuku Masniah binti Haji Amin.

Sebagai pengetahuan semua pembaca, di sini disertakan senarai nama anam-anak allahyarham Abas bin Hassan (moyang) iaitu :

a) Abdul Karim bin Abas (anak-anaknya - Norsiah, Ahmad dan Abas)

b) Halijah binti Abas (anak-anaknya - Kalsom dan Ici)

c) Mokhtar bin Abas (anak-anaknya - Yahya, Ajid, Siti dan Halim)

d) Unah binti Abas (anak-anaknya) Saleh dan Rogayah). Beliau meninggal dunia ketika Pakcik Mohamad Idris berada di Tingkatan 1.

e) Ali bin Abas (tidak pernah berkahwin dan tidak boleh berjalan sebabkan kena polio sejak kecil lagi. Pakcik Mohamad Idris pernah jumpa semasa kecil-kecil dahulu.

f) Sulaiman @ Sulimat bin Abas (anak-anaknya ramai, boleh diketahui dalam internet GENi Aminuddin bin Haji Abdul Rahman (Pak Long). Meninggal dunia pada tahun 1971, kalau
tak salah Pakcik Mohamad Idris.

g) Haji Amin bin Abas, yang juga datukku (mempunyai anak seramai 9 orang semuanya termasuk allahyarhamah ibuku, Masniah binti Haji Amin)

Ironinya, aku lahir ke dunia ini pada 11 April 1971. Seingat aku, aku tidak pernah melihat wajah arwah datukku baik di sebelah ibu mahupun di sebelah ayah. Aku tidak tahu bila datukku pergi mengadap Ilahi. Aku juga tidak pernah melihat gambar foto mereka. Bila mereka kembali ke rahmatullah.

Di sebelah Utara khususnya dari Taiping, Bagan Serai dan Parit Buntar, kami memenggil datuk sebagai "Tok Wan" dan nenek sebagai "Tok". Jikalau penulis selepas ini menggunakan perkataan ini, diharpkan pembaca atau saudara mara akan faham.

Secara terpeinci anak-anak arwah Tok Wan adalah seperti berikut :

1. Haji Abdul Rahman bin Haji Amin (Pak Long), isterinya Hajah Shamsiah binti Haji Sulaiman mempunyai 8 orang anak iaitu :
a) Jamaluddin bin Haji Abdul Rahman
b) Mastaniah binti Haji Abdul Rahman (kak Atan)
c) Mohd Kashfi bin Haji Abdul Rahman (Api) - 017-5358986
d) Ahmad Fauzi bin Haji Abdul Rahman
e) Zainuddin bin Haji Abdul Rahman
f) Aimejaar bin Haji Abdul Rahman (cikgu Mijai)
g) Aminuddin bin Haji Abdul Rahman (Amin) - 016-3562688, 06-7621388 (P), 06-7631288 (Fax)
h) Rohana binti Haji Abdul Rahman

2. Hajjah Masnah bin Haji Amin (Mak Ngah), suaminya Md Noor bin Haji Husin mempunyai 4 orang anak iaitu :
a) Kassim bin Md Noor - 012-3767471, 03-62033383 (P)
b) Halijah binti Md Noor (berkahwin dengan Lokman)
c) Arba'yah binti Md Noor
d) Sarah binti Md Noor

3. Hussain bin Haji Amin (Pak Ndak), isterinya Faridah binti .... mempunyai 6 orang anak iaitu :
a) Kak Ziyah binti Hussain
b) Kak Dillah binti Hussain
c) Zaki bin Hussain
d) Sakir bin Hussain
e)
f)
g)

4. Masniah binti Haji Amin (Mak Tam - Ibuku), lahir pada ....... . Ibuku telah meninggal dunia pada 26 Mac 1997, jam 4.00 pagi ketika berusia 55 tahun disebabkan paru-paru berair. Suaminya Harun bin Haji Ali (ayahku), mempunyai 8 orang anak iaitu :
a) Hasnah binti Harun
b) Masriah binti Harun
c) Hamdan bin Harun (penulis)
d) Masitah binti Harun
e) Aminah binti Harun
f) Mohd Saman bin Harun
g) Mohd Amin bin Harun
h) Siti Mariam binti Harun (meninggal dunia pada 1 September 1985 jam 2.00 petang (Khamis)

5. Hajjah Lijah binti Haji Mohd Amin (Mak Lang - 017-4708202), suaminya Haji Husin bin .... mempunyai 10 orang
anak, meninggal 3 orang. Anak-anaknya adalah seperti berikut :
a)
b)
c)
d)
e)
f)
g)
h)
i)
j)

6. Bidah binti Haji Mohd Amin (Mak Teh - 0125912176, 05-8474418), suaminya Abdul Rahman bin Saat, mempunyai 3 orang anak iaitu :
a)
b) Abdul Hamid bin Abdul Rahman
c) Saharudin bin Abdul Rahman

7. Mohamad Idris bin Haji Amin (Pakcik Diris), isterinya Sharifah Khaidijah binti Syed Ariffin mempunyai 3 orang anak iaitu :
a) Mior Hasnan bin Mohamad Idris
b) Adibah binti Mohamad Idris
c) Mior Harith bin Mohamad Idris

8. Mat Noh bin Haji Amin (Pakcik Noh), isterinya Maria binti ... (017-5177741), mempunyai anak perempuan iaitu :
a) Fathin Shabirah

9. Kamsiah binti Haji Amin (Mak Su - 012-4637891, 04-4035467), suaminya ... (012-4974546), mempunyai 2 orang anak iaitu :
a)
b)


Bab 2

Susur Galur Salasilah Moyangku Sebelah Ayah - Bason


Tidak banyak cerita yang boleh dikongsi kerana banyak cerita yang "putus" di tengah jalan. Banyak cerita berkisar tentang arwah Tok Wan iaitu Haji Ali bin Bason. Penulis masih lagi mengumpul maklumat daripada adik beradik sebelah ayah ...

Arwah Tok Wan juga berhijrah ke Tanah Melayu sebelum Perang Dunia Kedua iaitu sebelum Pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Ketika mula-mula berhijrah ke Tanah Melayu, dikhabarkan arwah datuk pernah membuat kerja-kerja memerun bukit bukau untuk dijadikan kebun. Lain bab, aku akan tuliskan sedikit yang ada kaitan mistik.

Permulaannya, arwah datuk menetap di Telok Anson (sekarang Teluk Intan). Kebiasaan penenpatan orang Banjar adalah di sawah bendang atau di dusun buah-buahan. Kebanyakkannya mengerjakan sawah. Tapi datuk aku ni lain sikit kerana dikhabarkan, permulaannya beliau menanam tanaman nenas dan ada juga sawah di Telok Anson tu.

Entah bila datuk aku ni pindah ke Parit Ali Kalang, tidak dapat diketahui.

Nama penuh datuk aku adalah Ali (Haji) bin Bason. Berkahwin dengan Aishah (Hajjah) binti Hajim binti Sanim. Nama anak-anak adalah seperti berikut :

1. Haji Abdullah bin Haji Ali (Julak / Haji Adol), isterinya Halimah binti Mat (05-7212107) mempunyai .... orang anak iaitu :
a)
b) Daud bin Haji Abdullah - 013-5131722, 05-6214324
c) Mohamad bin Haji Abdullah
d)
e) Abu Bakar bin Haji Abdullah - 012-6552493
f) Umar bin Haji Abdullah

2. Abdul Rahman bin Haji Ali (Pak Ngah), isterinya Khatijah binti Hagai mempunyai ... orang anak iaitu :
a)
b) "Utoh" bin Abdul Rahman
c) Adnan bin Abdul Rahman
d)
e)

3. Salmah binti Haji Ali (Mak Ngah), suaminya Haji Sabran bin Haji Arpan mempunyai ... orang anak iaitu :
a) "Galoh" binti Haji Sabran
b) Zainal bin Haji Sabran
c) Abd Halim bin Haji Sabran -
d) "Kak Iti" binti Haji Sabran - 012-3469615, 012-9077250
e) Siti Aminah binti Haji Sabran

4. Mardiah binti Haji Ali (Mak Ngah), suaminya Abd Hamid bin Haji Ali (cerai hidup) mempunyai ... orang anak. Suami kedua beliau ...... mempunyai ... orang anak (cerai mati). Suami ketiga "Awang Bakul". (cerai hidup). Suami keempat Jalani bin Jam.
a) Ismail bin Abd Hamid
b) Alif bin Abd Hamid
c) (ustaz yg belajar di Mesir) bin Abd Hamid
d) (ustaz yg belajar di Mesir) bin Abd Hamid
e) "Idah" binti Abd Hamid
f) "Inah" binti Abd Hamid
g) ... bin (tukang gunting Batu Kurau)
h) ... bin (tukang gunting Batu Kurau)

5. Harun bin Haji Ali (Pak Long - ayahku), lahir pada ...... berkahwin dengan Masniah binti Haji Amin (ibuku) mempunyai 8 orang anak iaitu :
a) Hasnah binti Harun (suaminya Khamis - cerai mati, ...., Supian bin Sayuti) - 019-3672628 (Supian)
b) Masriah binti Harun & Mohd Thahibol bin Abdullah - 019-4786524, 05-8883985 (R)
c) Hamdan bin Harun & Siti Norsnasiah binti Abd Wahab - 012-6042009, 012-6047983
d) Masitah binti Harun & Hazenil bin Othman - 017-5887416 (Hazenil), 03-62762414
e) Aminah binti Harun (suaminya syed bin - cerai hidup dan Arshad bin Amrani) - 017-5344405 (Minah), 013-5152768 (Arshad)
f) Mohd Saman bin Harun & Pathiah binti Abdul Razak
g) Mohd Amin bin Harun (belum berkahwin)
h) Siti Mariam binti Harun (meninggal dunia pada 1 September 1985, jam 2.00 petang (Khamis) ketika berumur hampir 2 tahun).

6. Isa bin Haji Ali (Pak Ngah, Pak Ngah Musa, Pak Ngah Trolak), isterinya "Itih" binti Karjah mempunyai ... orang anak iaitu :
a) Mohd Yusof bin Isa (Ijol) - 012-6125446
b) Nordin bin Isa - 012-9316787
c) Azlan bin Isa
d)

7. Mohamad bin Haji Ali (Pak Chu Ahim), isterinya Aisyah binti Amir mempunyai ... orang anak iaitu :
a)
b) Azmi bin Muhammad
c) Sahibul Azhar bin Mohamad
d)
e)

8. Kalsom binti Haji Ali (Mak Su Tipun - 05-7217214), suaminya Arbain bin Maon (Tipun) mempunyai ... orang anak iaitu :
a) Zainal bin Maon
b) "Adik Nor" binti Maon
c) "Adik Sikong" binti Maon - 019-2725712, 03-87667668
d) Sharip bin Maon
e)
f)



Secara mudahnya, salasilah ini boleh dilihat melalui gambarajah susur galur di bawah ini :



Maaf gambarajah tidak dapat dimuat turun. Tak tau macam mana nak muat turun sebabnya ianya berada dalam my document (word 2007) - program Vista. Ada sesiapa boleh bantu