Ahlan Wa'sahlan, Selamat Datang, Welcome, Vanakam

"Kami mengucapkan Selamat Datang kepada semua pengunjung blog kami
"

Isnin, 5 Julai 2010

LAMBAIAN SINAR RAMADHAN ...

Hari ini 5 Julai 2010 bersamaan dengan 24hb bagi Tahun Harimau (kaum Cina) dan 21hb bagi Tahun Viya Margali (kaum India). Tapi angka itu tidak berapa penting bagi aku, hanya sekadar angka bagi perlambangan masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa dan agama. Erti kata lain perlu tahu kalau seseorang itu menganggap "perpaduan" penting dalam sebuah negara yang berbilang kaum, etnik, budaya, agama dan adat resam.

Bagi aku angka yang lebih penting pada hari ini adalah bersamaan dengan 22hb Rejab 1431 Hijrah dalam kalendar Islam. Maknanya tidak berapa lama lagi bulan Ramadhan al-Mubarak akan muncul.

Bermula daripada orang fakir-miskin, berpendapatan rendah, orang yang berniaga, yang menyediakan makanan, yang ingin beramal ibadat ... semuanya berharap Ramadhan muncul selalu. Kalau boleh saban bulan adalah bulan Ramadhan.

Orang fakir miskin dan berpendapatan rendah akan mengharapkan bulan Ramadhan sebagai bulan di mana orang kaya membela nasib mereka. Macam-macam diterima sebagai sedekah dari orang kaya. Cuma yang memberi tersebut sama ada ikhlas atau sekadar untuk menunjuk ... hanya Allah S.W.T. sahaja yang mengetahuinya. Iyalah, bulan-bulan lain semua tu "layu", seolah-olah bulan-bulan lain kalau beri apa pun tak ada "pahala".

Orang yang pandai berniaga, Ramadhan adalah bulan surga dunia mereka. Ada juga yang tak pandai berniaga, pun jadi mata pencarian atau masa menambah pendapatan. Begitu juga yang pandai memasak dan cuba-cuba berniaga ... boleh buat duit. Katanya cari "duit raya"!

Tapi kadang-kadang mereka tidak ingat atau sengaja "buat-buat tak ingat" bahawa mereka berniaga "mencekik darah" orang lain dengan meletakkan harga barangan terutama harga makanan agak tinggi daripada bulan-bulan lainnya.

Macam-macam juadah yang dijual. Adakalanya memang berbaloi sebab bila berbuka puasa memang sedap. Adakalanya hampeh ... menyumpah kerana tidak sedap atau makanan tu sudah basi. Tapi seronoknya Ramadhan akan mendatangkan pelbagai jenis makanan yang pelik-pelik. Pelik dari segi nama dan rupa. Ada yang hodoh tapi sedap dan begitulah sebaliknya.

Tidak kurangnya aku, Ramadhan belum lagi muncul. Masih ada lagi lebih kurang sebulan lebih lagi. Kesibukkan makin terasa ... Aku dan isteri mula memikirkan baju raya anak-anak. Persediaan di bulan Ramadhan. Maklum sajalah anak-anak aku dah mula membesar dan dah pandai berpuasa. 2 orang dah pandai berpuasa penuh .... lembik badan nak menunggu masa berbuka puasa.

Tahun ni, inshaAllah seorang lahi akan ikut jejak kakak-kakaknya untuk berpuasa penuh sebulan meskipun umurnya baru 6 tahun. Paling meriah anak aku yang lelaki 2 orang tu sudah besar. Mesti hiruk-pikuk jadinya bila masa berbuka puasa dan akan menjadi "peneman sejati" bila masa bersahur. Tidak apa, aku pasti tumpang gembira nanti ...

Pastinya juga, anak-anak aku akan minta macam-macam benda untuk dimakan. Antara keinginan, kemahuan dan nafsu. Masing-masing akan "bergaduh" dalam kepala. Pastinya mereka akan mengingat antara pesanan guru agama dan dinilai sejauh mana soal keimanan ...

Aku bukan apa pasal baju raya, memang aku dan isteri dah belikan awal-awal lagi ... 19hb Jun 2010 lalu dah kami siapkan. Bukan apa, aku dan isteri akan sibuk. Malah sekarang pun aku sudah sibuk membantu isteriku menyiapkan baju-baju tempahan raya daripada klien kami.

Statusku sebagai "tukang jahit tepi" menjadi pembantu kepada isteriku yang bertindak sebagai master dalam soal menjahit kain baju pelanggan termasuk langsir raya. Ada waktunya, kami pun tidak sempat nak tukar kain langsir kerana menyiapkan setiap tempahan yang diterima.

Itupun "duit raya" bagi kami sekeluarga ... Sekurang-kurangnya duit itulah yang akan menjadi duit raya untuk anak-anak buah, duit untuk membeli belah, duit untuk minyak balik kampung, duit untuk "open house" kami. Oppss, tahun ni kami tak buat open house ... tunggu tahun depan arr. Tapi rumah kami sentiasa "dibuka" sepanjang Syawal ...

Maka bermulalah kerjaku sebagai "Tukang Jahit Tepi", itulah sebahagian daripada "specialist" dalam kehidupanku
... demi mencari rezeki untuk anak-anak,
... demi membantu lelah seorang isteri mencari rezeki tambahan,
... demi kelangsungan hidup di HARI RAYA 1431 Hijrah

... Moga Ramadhan kali ini memberi makna yang besar dalam hidupku demi mendekati Allah S.W.T. Yang Maha Esa, amien.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan